Monday, February 2, 2009

I just couldn't understand him...

What on earth was Rafa Banitez thinking when he decided to sell Robbie Keane back to spurs???? Is he mad?? Keane is a fantastic player, although his goal per game ratio is nothing to be proud of. But he is still a quality player, aproven Premiership goal-getter, and a good cover for Torres. Just imagine who would be able to take Torres's place if he gets injured. Kuyt?? I don't think so...Ngog?? still a youngling...alaaaahai Banitez...I hope this wouldn't be the catalyst of your downfall...

Melayu jangan paling tadah terhadap UMNO

LONDON 2 Feb. - Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui UMNO, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat UMNO dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, mereka harus menyumbang untuk membangunkan semula UMNO sebagai wadah terbaik bukan sahaja untuk orang Melayu malah seluruh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau terkilan kerana sudah ada dalam kalangan anak muda Melayu sendiri yang berkata mereka tidak lagi peduli tentang isu seperti hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
"Ada satu peringkat generasi baru di kalangan orang Melayu sendiri yang sekarang ini bukan sahaja sudah lupa tentang diri dia, sejarah dia, bahkan berada di peringkat hendak merungkai struktur sistem kehidupan kita yang bertunjangkan kepada aspek kemelayuan tadi,"
katanya pada sesi pertemuan bersama penuntut Malaysia di Birmingham kelmarin.
Menurut beliau, lebih kerap, usaha untuk menyuarakan hak masyarakat Melayu diberikan perhatian oleh pemimpin UMNO atau mereka yang berada dalam parti ini untuk tempoh yang lama.
"Di mana orang muda yang berumur 20-an dan 30-an yang pulang dari England nampaknya tidak mampu menterjemahkan hasrat itu mengenai isu tersebut," kata beliau, sambil menambah bahawa perkara yang sama kepada mereka yang belajar di universiti tempatan di Malaysia.
"Melayu sendiri nampaknya tidak sanggup untuk bercakap mengenainya atau berjuang untuk perkara itu," kata Ahmad Shabery yang kini sedang melakukan lawatan kerja ke United Kingdom.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Sebelum ke London, Ahmad Shabery menghadiri Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam ke-8 (ICIM) di Rabat, Maghribi.
Beliau berkata, anggota UMNO hendaklah menanyakan dirinya apa yang mereka boleh sumbang kepada parti itu daripada menuduh Umno dengan halangannya sekarang.
"Mereka yang memperoleh daripada UMNO - jurutera, doktor, usahawan dan yang lain - berapa ramai daripada mereka yang telah menyumbang kembali kepada UMNO dalam apa cara pun, mereka boleh dan jangan pula bila bercakap soal memberi sumbangan ini, terus kata nak jadi calon," katanya.
Beliau berkata anggota parti mesti bangkit untuk menghadapi cabaran bagi mengembalikan kegemerlapan kepada UMNO dengan melahirkan kepercayaan bahawa parti itu akan melonjak semula daripada halangan politiknya. - BERNAMA

from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm