WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara......
Saturday, January 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Lagu ini akan dinyanyikan oleh peserta2 yang mengikuti kursus Bina Negara . Mak tau lagu ni. Tapi kalau hanya setakat tulis lagu dan susruh peserta2 nyanyi , tak ada kesudahannya. Yang penting pemimpin2 tu kena amanah dan jangan pandai cakap aje. .... Dan kita yang kecil ni kenalah sentiasa berdoa agar kita dan khasnya orang melayu / Iskam selamat. Doa paling penting dalam hidup ni. Orang melayu pantang hidup senang sikit. Bila rasa hidup selesa lupa segalanya.
selalu nyanyi lagu ni tengah malam masa kat asrama sekolah dato' dulu. meremang bulu tengkok part ending dia tu...
aku ingat puisi ni kau yg tulis. Dah lama kau memblog ke?
Post a Comment