Friday, November 13, 2009

Newest member...


Salam n i welcome the latest member to our 'clan'....born on Thursday 12th of November 2009,Intan's latest has has no name yet ..:-).. just call him 'adik Iman Daniel'



-- Posted from my iPhone

Monday, November 9, 2009

Adib kena 'nabulizer'

Attached i the pic of Adib kena 'nabulizer' kt Pusat Rawatan Az-Zahra sebab batuk2 teruk dengan hingus banyak..siap bole posing 'peace' lg tuu..


-- Posted from my iPhone

Saturday, November 7, 2009

Melaka Planetarium

Baru jap td pegi Melaka Planetarium.Ok gak,selain daripada benda2 pameran biasa,replika alat2 astronomi,dan juga gambar2,para pengunjung di'hadiahkan' sebuah tayangan pendek mengenai sistem solar kita.Sesuatu yg amat berfaedah untuk rakyat Malaysia yang bengap sains.:-)



-- Posted from my iPhone

Monday, November 2, 2009

Mind your language...

Tadi petang pegi beli KFC, dok tengah beratur tu ade la sorg makcik (yang poyo) ni bersama2 dgn 3 anak dia pun beratur sekali.Makcik tu ade kat depan dan anak2 dia pun agak sama ganasnye (sama dgn adib n aisya) melompat2 berlari2 mcm monyet dlm KFC tu. Yang agak lawaknye (dan kekadang menyampah campur menjengkelkan) adalah makcik tu tegur anak dia guna English..Don't..Naughty..dan mcm2 lg word...Sebagai sorg yg memang English educated, dan sgt2 qualify mengajau English dan juga sebagai seorang Melayu, saya sgt2 la menyampah tgk dan dengar makcik tu bersikap sedemikian rupa. Walaupun niatnya baik, suci dan murni lagi menyucikan, tetapi x perlula bersikap poyo macam tu. I myself pun dulu x pula mak n ayah I tegur cakap omputeh, tapi look what has become of me now..I never, repeat...NEVER teach my children formal English language skills, all their knowledge comes strictly from school and TV (yeee TV). Afif x pernah get lower than 90 utk subject English every examination, and Aisya speaks FLUENT English kalau dia tgh main mainan dia sorang2. All their skills come from TV (tu la yg bagusnye Astro). So, I urge parents x payah le poyo menegur bebudak kecik dgn English, poyo je nampaknye mcm bagus. Let them learn by themselves, and we monitor them..if they encounter problems., barulah kita step in to supplement.Memg menjadi satu kebencian apabila org Melayu bercakap English dgn gaya yang overacting (contoh mcm makcik kt KFC tu), dan juga menjadi kebencian juga jika ada org bukan Melayu yang dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia, bersekolah di Malaysia, bercampur dengan orang Melayu tapi TIDAK bole berbahasa Malaysia dengan cekap. Berikan kesedaran pada anak2 kita tentang kepentingan English as The universal and international language, so that they will learn it because it is important for their survival, not because they want to graduate from USIM...

Tuesday, October 27, 2009

Pegi KLCC

Last weekend we all went to KLCC,just jalan2 to kill time..dah lama x pegi KLCC so it was quite a new experience le..rmai gak org sbb dh ujung bulan kot org dpt gaji..attached are


the pictures taken there.Gambo the Twin Towers from outside is really magnificent,makes me real proud to become a Malaysian..Mcamane Dr Mahathir bole terpikir nk buat bnda ni sgt2 mengkagumkan,and bila tgk citer Little Einstien kt Playhouse Disney bile kpl terbang character kartun tu lalu kt Petronas Twin Towers,lagi le bangga rasanya,Malaysia dh ade icon sama mcm Eifel Towers kt Paris n Great Wall kt China..Malaysia Bolehhh


-- Posted from my iPhone

Friday, October 23, 2009

Makan kat Hassan's

These were photographed a few hours ago while we were having dinner at Hassan's. Afif as usual with his Jumbo Cheese Burger while Adib n Aisya share the same pot of spaghetti.


-- Posted from my iPhone



Friday, October 16, 2009

Gadgets Galoreeeeeee....





These are the two of my prized (current) gadgets....The distinctively elegant yet suave Blackberry 9000 better known as Blackberry Bold and the super-fast latest Iphone, the Iphone 3GS. The Bold is superb in handling messages and emails, not to mention having 3G capibilty to excellently browse web or wap sites. Wi-fi is also added so that u can freely browse the net if u are in one of those hotspots. But the best feature of the Bold to me is the QWERTY keypad which is ergonomically designed so that i'm able to type messages and reply emails with a breeze. As for the Iphone 3GS (S stands for speed) is excellent to 'show-off' (hehehehehe) plus having better multimedia characteristics than other brands (Nokia...don't get pissed off aaaa!!). All in all, these 2 mini computers truly help me in being more organized with my permanent job and part-time jobs (hahahaha). Attached are the pics of the 2 magnificent phones...Behoooollllld....

Finally.....




Married at last,married at last....Alhamdulillah i'm married at last (spoken with the tune of the late Martin L.King's famous quotes "Free at last, free at last...Thank God I'm free at last")....well those might be the words that wondered in my brother's mind on the 11th of July 2009, the he finally got married to his long time girlfriend (since his UiTM days), Syarifah Fatimah Syed Ahmad..The 'nikah' ceremony was performed at his father in law's house in Tmn Melawati and the wedding reception was gloriously held at Tmn Cuepacs's multipurpose hall (which i my self got lost while trying to get there resulting in me being the only relative to arrive late..hahahahah)..The reception at my mom's place was held 3 weeks latere...attached are some of the pics i got from one of my younger brother in law's Lokman, for your viewing pleasure..

Monday, February 2, 2009

I just couldn't understand him...

What on earth was Rafa Banitez thinking when he decided to sell Robbie Keane back to spurs???? Is he mad?? Keane is a fantastic player, although his goal per game ratio is nothing to be proud of. But he is still a quality player, aproven Premiership goal-getter, and a good cover for Torres. Just imagine who would be able to take Torres's place if he gets injured. Kuyt?? I don't think so...Ngog?? still a youngling...alaaaahai Banitez...I hope this wouldn't be the catalyst of your downfall...

Melayu jangan paling tadah terhadap UMNO

LONDON 2 Feb. - Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui UMNO, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat UMNO dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, mereka harus menyumbang untuk membangunkan semula UMNO sebagai wadah terbaik bukan sahaja untuk orang Melayu malah seluruh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau terkilan kerana sudah ada dalam kalangan anak muda Melayu sendiri yang berkata mereka tidak lagi peduli tentang isu seperti hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
"Ada satu peringkat generasi baru di kalangan orang Melayu sendiri yang sekarang ini bukan sahaja sudah lupa tentang diri dia, sejarah dia, bahkan berada di peringkat hendak merungkai struktur sistem kehidupan kita yang bertunjangkan kepada aspek kemelayuan tadi,"
katanya pada sesi pertemuan bersama penuntut Malaysia di Birmingham kelmarin.
Menurut beliau, lebih kerap, usaha untuk menyuarakan hak masyarakat Melayu diberikan perhatian oleh pemimpin UMNO atau mereka yang berada dalam parti ini untuk tempoh yang lama.
"Di mana orang muda yang berumur 20-an dan 30-an yang pulang dari England nampaknya tidak mampu menterjemahkan hasrat itu mengenai isu tersebut," kata beliau, sambil menambah bahawa perkara yang sama kepada mereka yang belajar di universiti tempatan di Malaysia.
"Melayu sendiri nampaknya tidak sanggup untuk bercakap mengenainya atau berjuang untuk perkara itu," kata Ahmad Shabery yang kini sedang melakukan lawatan kerja ke United Kingdom.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Sebelum ke London, Ahmad Shabery menghadiri Persidangan Menteri-menteri Penerangan Islam ke-8 (ICIM) di Rabat, Maghribi.
Beliau berkata, anggota UMNO hendaklah menanyakan dirinya apa yang mereka boleh sumbang kepada parti itu daripada menuduh Umno dengan halangannya sekarang.
"Mereka yang memperoleh daripada UMNO - jurutera, doktor, usahawan dan yang lain - berapa ramai daripada mereka yang telah menyumbang kembali kepada UMNO dalam apa cara pun, mereka boleh dan jangan pula bila bercakap soal memberi sumbangan ini, terus kata nak jadi calon," katanya.
Beliau berkata anggota parti mesti bangkit untuk menghadapi cabaran bagi mengembalikan kegemerlapan kepada UMNO dengan melahirkan kepercayaan bahawa parti itu akan melonjak semula daripada halangan politiknya. - BERNAMA

from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm

Wednesday, January 21, 2009

Amat bertunang..


Salam..lupa plak nak inform..ahmad 'nabil el-zhar' nazman, my younger brother was engaged on the 29th of december 2008..it was quite historical since their (amat's n his gfriend's sharifah fatimah syed muahamad) love affair has been dragging on since 2002..so it was quite a happy ending to both of them since it is a known fact that the Malaysian Arabs prefer Arabs rather than Malays...nevertheless, i wish them good luck n may their engagement ends in their marriage...attached are the pics on their engagement day..

Saturday, January 17, 2009

Untuk renungan bersama...

WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara......

Lu fikirlah sendiri.....

Apa Lagi Yang Perlu Orang Melayu Korbankan!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya di mana lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang, kian di lihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan Ketuanan Melayu.
Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN). Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku di dalam senario politik negara.
Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, di manakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh di belakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang.
Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Di manakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi di antara semua parti-parti komponen BN. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu?
Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?
Ingatlah kaum bukan Melayu, orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat di tanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu.
BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka di samping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain.
Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.
Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada di dalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama "Melayu" yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan.
Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.
Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu.
Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.
Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia seperti mana yang ada pada masa ini.
Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu d iatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara?
Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.
Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri.
Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar "tuan".
Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di dalam pasukan angkatan tentera Malaysia.
Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai, mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?
Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada di dalam hutan atau di sempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain.
Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu di dalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Di manakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan?
Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?
Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja?
Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara.
Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.
Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis.
Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak di bahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan.
Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.
Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan.
Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu :
"Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung".
Sama-samalah kita renungkan.

taken from http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8112